CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Welcome To My Blog

Welcome To My Blog
pertukaran header baru..

Wednesday, April 20, 2011

Kata-Kata Insaf

Hurm,aku ade bce kate-kate ni kat blog owg ni...die ckp kat ctu,kate-kate semangat..tp bile aku bce,ni bkn kate-kate semangat tp aku tukar jdi kate-kate insaf..sbb bile bce mang jdi insaf..huhuhuhuh,jom bace!


Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,fikirkan tentang seseorang yang tidak ada apa pun untuk dimakan.

Sebelum kamu mengeluh tidak ada apa-apa,fikirkan seseorang yang meminta-minta di tepi jalan.

Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu,fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,fikirkan tentang seseorang yang sangat hendak mempunyai cahaya mata sedangkan dirinya mandul.

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor,fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di tepi kaki lima.

Dan disaat kamu mengeluh tentang pekerjaanmu,fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap dapat pekerjaan seperti kamu.

Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Kejayaan tidak diukur dari posisi yang dicapai dalam hidup,tetapi dari kesusahan yang berjaya kamu tepis untuk meraih kejayaan.

Hari ini kamu adalah orang yang sama dengan kamu yang lima tahun akan datang,kecuali dua perkara iaitu orang-orang disekeliling kamu dan buku-buku yang kamu baca.

Alhamdulillah,u all sume dah sudah bace kan...so,mule dr skrg,kite same2 muhasabah diri..Walaupun aku sndiri byk yg silap dr yg betolnye,aku ttap ingt sume salah2 aku kat sume owg...kite,manusia x lpas dr melakukan kesalahan,right??kite sebagai hambaNya dimuke bumi ini,perlulah sentiase bersyukur dgn ape yg telah dikurniakan....sblum uat sumthing,fikirkan kan owg len yg lbh susah dr kite...Semoga kite sesama amik iktibar ok...PEACE!


b2utyvanilla93 said:Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

0 B2UTY HERE!: